Sunday, June 7, 2009

Selamat Pengantin Baru - Liya dan Izan

Hmm... Pada pagi hari Ahad, selepas balik makan dari kedai makan bersama keluarga, aku bawa kereta balik ke rumahku. Aku membawa kereta seakan-akan aku suka bawa kereta. Sebab baru-baru ini, aku dapat lesen memandu penuh. Haha. Itulah sebabnya. Setelah sampai ke rumahku, terdengar bunyi bising macam nak buat satu konsert rock kononnya. Padahal, mereka hendak membuat sesi karaoke di rumah jiran. Hmm... Lupa nak beritahu bahawa kenduri berada di rumah jiran kita. Dekat sahaja dengan rumah kita. Sebenarnya kenduri ini berlansung dari hari Sabtu. Siap pasang hiasan dan lain-lain.


Tidak lama lagi, dekat pukul 12.00 tengahari, kita berkeluarga pergi ke kenduri mereka. Dah pakai kemas-kemas, jumpalah saudara-saudari untuk mengirim salam. Selepas itu, mereka jemput makan. Makanlah kita hidangan yang sedap-sedap di sana. Alhamdulillah... kenyang. Tiba-tiba, ibuku mahu pulang balik awal kerana kita ada hal sedikit. Sampailah ke rumah. Namun, apa yang pelik, mereka sambung lagi karaoke berlarutan sampai ke petang. Bergemalah dengan gendang karaoke tadi ke rumah kami. Masa nak sampai solat Zohor, masih lagi bergendang. Astaghfirullah. Masa nak sembahyang Zohor tadi, rasa tak selesa sikit (Apakah ini pengaruh gendang tadi?). Tapi apa-apapun, alhamdulillah dah sembahyang Zohor.

Apa-apapun, walaupun aku tidak dapat melihat pengantinnya, selamat pengantin baru kuucapkan kepada Liya dan Izan. Jadi pengantin yang baik ye. Hehe.

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。