Wednesday, September 9, 2009

Hamba Allah yang diduga di bulan Ramadhan

Innalillah... Beginilah dugaan Allah yang kuterima ini. Aku baru dapat tahu mukaku menjadi sembam minggu lepas tanpa disedari. Nasib baik parent dan kawan-kawanku yang lain di kolej dapat detect benda ini awal-awal. Kita tolak hari Sabtu lepas. Lepas tu, mak aku bergegas hantar ke Hospital Pakar Damansara (DSH). Di sana, punyalah lama nak buat imbasan ultrasound dan CT scan. Rupa-rupanya lepas dah selesai scan semua, belum lagi detect masalah yang kuhadapi ini secara tepat, tetapi mereka sudah tahu aku ada ketumbuhan dekat bahagian dada. Terpaksalah aku kena buat pembedahan untuk buangkan ketumbuhan itu, tetapi doktor yang akan buat pembedahan itu akan hadir pada Isnin yang seterusnya.
Hehe... First time aku kena macam ini
Nasib baiklah aku dapat dialihkan ke Institut Jantung Negara (IJN) seawal-awal hari Ahad minggu lepas. Alhamdulillah. Hari itu juga, bahagian sebelah kiri tangan aku sajalah yang kena cucuk sebegini sebab nanti mereka akan masukkan ubat dalam tangan aku. Bukan sahaja untuk hari itu sahaja, malah untuk hari-hari yang seterusnya. Pada hari seterusnya, hari Isnin sampailah hari Rabu ini, kenalah ambil imbasan x-ray, sampel darah, biopsy untuk mengambil sampel yang terkena ketumbuhan dan CT scan (secara terperinci). Selepas ini, mereka akan menjalankan bedah siasat menggunakan data yang diperolehi selama aku berada di IJN dalam masa lebih kurang tiga hari lagi untuk mengetahui bahawa aku akan dijalankan pembedahan atau sebaliknya. Setakat ini sahajalah yang aku dapat beritahu sampai hari ini. Kalau ada apa-apa yang aku dapat beritahu, nanti aku akan jelaskan semuanya OK? Rasanya nak rehat lah setakat ini..
Nasib baik muka aku kurang sembam sikit lepas bagi ubat secara berterusan... Huhu..

Wallahu'alam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございま す。
=D

Friday, September 4, 2009

Kesempurnaan puasa menurut Imam Al-Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim. Renungan kepada umat Islam semua.
Menurut Imam Al-Ghazali (dipetik daripada kitab Ihya' Ulumuddin), ada enam perkara yang perlu dihayati orang Islam bagi memperoleh kesempurnaan puasa, iaitu:
  1. Menahan pandangan daripada sesuatu yang dicela dan makruh hukumnyaserta melalaikan diri daripada mengingati Allah.
  2. Tidak menggunakan lidah kepada perbuatan maksiat seperti mengumpat, mengeji dan berdusta. Imam Al-Ghazali berkata, alangkah baik jika seseorang berdiam diri atau menggunakan lidahnya untuk kegiatan yang mendatangkan pahala seperti zikrullah (berzikir mengingati Allah S.W.T)
  3. Menghalang telinga daripada daripada telinga ucapan atau kata-kata yang ditegah agama. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Yang mengumpat dan mendengar adalah sama dosanya."
  4. Mencegah anggota lain seperti tangan, kaki dan perut daripada melakukan maksiat. Umpamanya, kaki tidak boleh digunakan untuk untuk ke kelab hiburan, tangan tidak boleh digunakan untuk mencuri dan perut tidak boleh diisi dengan makanan haram serta subahat.
  5. Tidak keterlaluan ketika iftar (berbuka) seperti makan terlalu banyak. Seseorang yang bersikap begitu tidak akan mendapat hikamh dan fadhilat berpuasa. Bagaimana seseorang boleh menentang musuh Allah dan mengawal nafsu jika ketika berbuka, dia sentiasa mengutamakan nafsunya.
  6. Meletakkan hati sentiasa dalam perasaan khauf (cemas) dan mengharap kepada Allah. Ini kerana seseorang tidak mengetahui sama ada puasanya diterima Allah ataupun sebailknya.
Wallahu'alam bissowab.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございま す。
=D