Tuesday, June 9, 2009

Fath oh fath

Inilah kawanku yang kian lama tidak aku menjumpainya. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain yang bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Bandaraya (SMKBB), Bangsar, Kuala Lumpur. (Amboi, skemanya aku) Ok lah... Mahu kongsikan serba sedikit tentang sahabatku bernama Fathullah Zaim, atau nama sedapnya, Fath. Dia yang duduk bersamaku pada masa yang lalu. Hmm... semasa di sekolah dahulu, apa lagi? Dia gemar berbicara tentang muzik, so, kadang-kadang, masa belajar juga, dia pun menyoal aku tentang tajuk lagu, artis dan seumpamanya tentang muzik. Aku duduk terpegun sahaja. Sebab masa dahulu, aku ini pendiam di sekolah, mentang-mentang aku kena buli oleh kawan-kawan. Haha. Begitulah kisah silamku.


Hmm... Hari ini sudah 10 Jun, apatah lagi dengan hari jadinya? Setiap tahun, dekat-dekat hari jadinya, dia pun ada soal dengan aku bila hari jadi Fath. Aku pun duduk merenung sebentar. Aku jawab 8 Jun, terujalah si Fath ni. Haha. Selamat hari jadi ye Fath! Oh ya, selepas menamatkan sekolah di SMKBB, sekarang Fath mengambil diploma di PTPL dan seringkali mendapat senarai dekan (Ye ke senarai dekan? Terlupa pula) Haha. Begitulah serba sedikit tentang sahabatku bernama Fath. Kepada Fath, selamat mendapatkan diploma di PTPL!

Wassalam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。