Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Aiyo~


Aiyo... Macam sudah lama tak bertemu kalian dalam Blogger. 5 bulan sudah berlalu. Sekarang pun nampaknya dah masuk bulan puasa, iaitu Ramadhan. Sorry guys sudah sekian lama tidak mengupdatekan blog ini. Banyak dugaan tahun ini dan banyak perkara yang tak setel-setel masih dalam ingatan.

Dugaan yang teruk pernah dialami di alam universiti sepanjang Tahun Kedua pengajian --- FAIL 2 paper engineering! Haha. Bak kata nak jadi engineer mesti kerja keras, jangan fail apa-apa paper pun! Inilah yang buat kepala saya serabut macam Rubik's cube ni~ Nampak senang nak selesaikan Rubik's cube ni, tapi, lambat-laun tak boleh jugak selesaikannya. Begitulah dugaan..


Rubik's cube

So, the moral of the story is... Banyaklah bersabar walaupun banyak dugaan yang telah kita alami. Hadapilah semua hakikat dengan senyuman dan hakikat itu sendiri akan senyum balik kepada kita. :)

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

Thursday, August 13, 2009

The Mess Hall Room

Hmm... This is not my first time I studied like this. I did this for quite a number of times. Sometimes, when I was in a rush, or maybe stressed with too much work to do, this was what I automatically do in my real life. Instead of a mess hall cook cooking in a restaurant, this is what I get: a MESS HALL ROOM in my ROOM!!

Urr! Bear with me. It's very messy at that time. When I dilligiently do work in my room, this is what I usually do. Messing the room like this. Anyway, I have a purpose for messing the room like this. Not to say that I'm a sloppy person, maybe you can call me that, because someone also think that chemical engineers are always sloppy. Haha. Actually, I'll be having tests (indeed, I've done one test this week) in UPM. Ugh. Well... I guess I really need to get up and tidy that room. So I will study better at least. Hehe.

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございま す。
=D

Monday, August 3, 2009

Shaa'ban ya Shaa'ban

Inilah bulan sebelum menjelma bulan yang dinanti-nantikan bagi umat Islam, iaitu bulan Ramadhan ataupun bulan diwajibkan puasa. Hehe. Inilah yang aku mahu kongsikan selama aku berada di IPTA idamanku, iaitu UPM. Memang terlalu banyak benda yang berlaku di sana, di samping menyiapkan lab report, assignment, tutorial dan sebagainya.

Pada minggu yang lepas (termasuk juga dalam bulan Shaa'ban) :) kita ada program ala-ala abang angkat, yang sepatutnya dilakukan di Pekan, tetapi telah dibawa ke UPM untuk melaksanakannya di sana, iaitu Program Memperkasakan Generasi Muda Pekan. (Semuanya telah diceritakan dalam blog post yang sebelumnya. Kalau nak baca, boleh sahaja, aku tak larang.) Memang penat sekali di sana, tetapi nasib baik seronok sekali. Wahaha. Di samping itu, kita juga dikejutkan dengan berita kejadian wabak penyakit H1N1 sejurus selepas program tersebut berlangsung. Dengan kejadian bahawa beberapa orang yang disyaki dijangkiti dengan wabak tersebut, telah diumumkan oleh Naib Canselor UPM untuk memberi cuti selama seminggu bagi tujuan mengelakkan penularan wabak H1N1 tersebut. Tinggal esok untuk kita pulang ke UPM bagi menyambung semula pelajaran di sana kerana sudah segenap seminggu kita bercuti.
Hmm... Hari ini sudah 12 Shaa'ban 1430 H. Beberapa belas hari lagi kita akan lalui bulan Ramadhan penuh keberkatan di sisi Allah. Apakah kita sudah bersedia untuk tahan lapar? Bersabar? Bertaqwa? Cukup amal? Semua itu marilah kita cuba bermuhasabah diri supaya kita dapat tahu dimanakah kita berada. Walaupun ada di kalangan umat Islam yang mungkin rasa sudah jauh daripada Tuhan yang telah ciptakan alam ini, jamganlah takut, janganlah segan... apa kata kita panjatkan kesyukuran dan segera bertaubat kepada Allah. InsyaAllah.
Wallahu'alam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

Wednesday, July 15, 2009

Selamat tinggal silamku

"Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak akan kuganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa..."

Selamat Tinggal Silamku - NowSeeHeart


Walaupun sudah berapa lama hidup di dunia ini, ada yang hidup bahagia, tetapi, kalau bahagia pun, kita pun dapat tahu bahagia pun tidak lama, bukan? Ada juga peristiwa yang sedih untuk dialami di sebalik hidup bahagia. Peristiwa sebegini pun tidak ramai juga di kalangan kita yang sedar, dan ada juga orang yang sanggup berkata dunia ini ibaratkan tempat syurga. Macam mana pun, walaupun mereka merasa tempat ini syurga, tetapi mengapa ada peristiwa yang tidak digemari atau tidak diingini dialami untuk mereka?



Inilah yang aku mahu luahkan (walaupun aku ini kadang-kadang seorang yang pelupa). Ini juga aku mahu nasihati diri sendiri. Kadang-kadang, hidup di dunia ini tidak semestinya berlaku apa yang kita mahukan ataupun hasratkan. Oleh itu, apa yang terbaik untuk dilakukan di dunia ini, kita hayati sahajalah walaupun kita suka ataupun sebaliknya.

Ya lah kan...? Aku ini dahlah jadi anak bongsu, kalau jadi anak bongsu ini, bak kata orang, memang pantang kalau tidak dimanjakan. Memang betul. Itu pun personaliti aku juga. Masa dahulu, aku pun pernah sekali rayu kepada parent aku semata-mata untuk menghadirkan diri untuk cuba wall climbing. Tetapi, malangnya parent aku tidak bagi buat benda tu. Aku rasa macam nak merajuk pun ada. Tetapi aku pendamkan jiwaku supaya tak nampak perasaanku. (Kalau parent aku nampak perasaanku yang sedang merajuk, tentu nak marah dengan aku, tidak tahulah mengapa). Itu pun nasib baik sikap merajuk aku kurang sikit. Haha.

Apa nak buat? Inilah dunia. Bermacam-macam lagilah yang kita kena hadapi (terutama orang yang umur seperti aku). Kadang-kadang, ada juga di antara kita tengok dunia ini macam tidak ada apa-apa mengenai kita. Bukan sahaja begitu, tetapi kalau yang suka mengembara (seperti aku), memang banyak lagi kita boleh lihat di dunia ini. Di sini, sebagai mukadimah, kita sepatutnya bersikap positif terhadap apa yang kita lakukan di dunia walaupun tidak sedap hati untuk didengar. Huhu. Biarlah silam itu berlaku begitu sahaja, dan hadapi sahajalah masa yang akan datang dengan lebih bersemangat...

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D