Showing posts with label smkbb. Show all posts
Showing posts with label smkbb. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan.
.. oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
..."

Petikan sajak Usman Awang



Kepada semua guru yang penat lelah mengajar kita semua, saya mahu ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, ustaz dan ustazah yang terlibat untuk mendidik, mengajar dan mengukuhkan disiplin kita. Tanpa guru, siapalah diri kita ini...

Selamat Hari Guru!!


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

Tuesday, June 9, 2009

Fath oh fath

Inilah kawanku yang kian lama tidak aku menjumpainya. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain yang bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Bandaraya (SMKBB), Bangsar, Kuala Lumpur. (Amboi, skemanya aku) Ok lah... Mahu kongsikan serba sedikit tentang sahabatku bernama Fathullah Zaim, atau nama sedapnya, Fath. Dia yang duduk bersamaku pada masa yang lalu. Hmm... semasa di sekolah dahulu, apa lagi? Dia gemar berbicara tentang muzik, so, kadang-kadang, masa belajar juga, dia pun menyoal aku tentang tajuk lagu, artis dan seumpamanya tentang muzik. Aku duduk terpegun sahaja. Sebab masa dahulu, aku ini pendiam di sekolah, mentang-mentang aku kena buli oleh kawan-kawan. Haha. Begitulah kisah silamku.


Hmm... Hari ini sudah 10 Jun, apatah lagi dengan hari jadinya? Setiap tahun, dekat-dekat hari jadinya, dia pun ada soal dengan aku bila hari jadi Fath. Aku pun duduk merenung sebentar. Aku jawab 8 Jun, terujalah si Fath ni. Haha. Selamat hari jadi ye Fath! Oh ya, selepas menamatkan sekolah di SMKBB, sekarang Fath mengambil diploma di PTPL dan seringkali mendapat senarai dekan (Ye ke senarai dekan? Terlupa pula) Haha. Begitulah serba sedikit tentang sahabatku bernama Fath. Kepada Fath, selamat mendapatkan diploma di PTPL!

Wassalam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D