Thursday, June 25, 2009

Hoi! Hoya Hoi!

"Hoi! Hoya Hoi! x3
Inilah kolej kita
Hoyya hoi Kolej Sepuluh
Tampan dan macho
Kamilah hero... Hoi!"

Cheers 'Penyamun' - K10

Salam perpaduan.

Fuh... Nampaknya pendaftaran bagi pelajar baru di UPM akan berlangsung tidak lama lagi. Tak sabar aku ni ya. OK, di sana, di mana lagi? Tentunya kolej kegemaranku, Kolej Kesepuluh (K10) UPM. Mengapa ya? Pasti ada sebabnya aku suka kolej ini. Memang banyak kenangan aku dapat walaupun baru setahun belajar di UPM. Kenangan yang paling indah aku dapat alami pun, tak terkata-kata. Dengan cheers yang direka kolej kita sendiri pun banyak yang boleh dikatakan gempak! Boleh juga kata cheers kita ini ditakuti dan disegani khalayak ramai. Mengapa? Ya lah kan... Mentang-mentang ini cheers namanya, mereka buat bermacam ragam cheers termasuk cheers 'Penyamun' yang ragamnya ada seperti dalam satu babak cerita P. Ramlee. OK lah. Tak mahu cerita panjang-panjang lah. Nanti serabut cerita aku dibuatnya. Haha.


Itu salah satu sebab aku suka kat kolej ini. Sebab-sebab yang lain aku suka kat kolej ini adalah, kalau nak pergi fakulti kejuruteraan, memang dekat sahaja dengan K10. Tiba-tiba kalau ada lecture di fakulti kejuruteraan tapi masih ada lagi yang menginap di bilik, nasib baiklah. Bolehlah segera menggegas ke fakulti tanpa menunggu bas. Alhamdulillah. Macam manapun, ada juga satu masalah yang kita semua kena hadapi kepada sesiapa yang hendak mengekalkan penginapan di K10 ini. Kena kumpul merit banyak-banyak. Kalau kumpul merit pun tak cukup, kena tendang keluar dari kolej ini walaupun suka ataupun tak suka dan terpaksalah cari kolej lain kepada sesiapa yang mahu menginap di UPM. Nasib baik aku dapat kumpul cukup merit untuk stay di K10. Padahal aku pun malas bab kumpul merit ni. Tapi sistem merit punya pasal, buatkan aku rasa agak leceh untuk merasai sistem ini. (Tapi lama-lama aku suka juga ya). Maksudnya aku akan dapat jumpa junior-junior yang bakal mendaftar di kolej ini pada hari Ahad nanti. Bolehlah buli junior-junior kita! Wahaha.


Sebelum itu, aku mahu kongsikan pengalaman semasa berada di sana. Aku pun ada pergi kem yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). Agak best. First sekali aku pergi kem ini, biasa lah kan? Kalau nak pergi kem tu, rasa takut juga, kerana kalau pergi kem tu pun, akan kena tegur lebih oleh budak-budak senior MTM. Dengar pun takut. (Tapi bukan ke teguran bermaksud pembaharuan?) Ya tak ya juga ya. Aku pun join lah masa tu. Kem ini dijalankan di Hutan Puchong, dan kebetulannya aku pun pernah join kem di sana. Maka, inilah kali kedua menjejak ke sana. Tahu tak berapa lama kita kena humban ke sana? Seminggu. Lama juga ya? Tapi, lama ke tak lama, memang best juga. Dapatlah eratkan silaturrahim sikit sepanjang aku berada di sana. Itu sahaja mahu aku kongsikan.


Setakat sini sahajalah aku hendak meluahkan apa yang ada di hatiku ini. Kepada sesiapa yang bakal mendapat tawaran di UPM... Ehh.. berat sebelah aku ni ya. Ok lah. Kepada semua yang mendapat tawaran di universiti masing-masing, tahniah aku ucapkan kerana andalah yang bertuah mendapat tawaran tersebut. Kalau nak bayangkan, bukan senang nak dapat tawaran IPTA ini. Bahkan semua orang pun ada yang berhajat mendapat universiti yang dikehendaki, tetapi malangnya tak dapat juga. Betul tak? So, kita kenalah bersyukur ya. Selamat menimba ilmu ke menara gading!


p/s: Kepada sesiapa yang membaca 'warkah'ku dari mula sampai habis, terima kasih aku ucapkan. Kalau tak baca habis pun tak mengapalah. Haha.

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。