Thursday, June 4, 2009

Pada suatu hari apabila aku menangis

Hari ini dah lah hari Jumaat. Itu pun ada juga orang yang bertengkar, buat maksiat, marah dan menzahirkan sifat-sifat mazmumah yang lain. Padahal hari ini hari suci bagi umat Islam. (Betul ke? Kalau salah, tolong betulkan ye.) Haha. Di samping itu, setiap Jumaat juga akan diadakan solat Jumaat di masjid-masjid dengan khutbah sekali. Namun, ada juga orang yang liat nak datang ke masjid untuk solat Jumaat. Mengapa? Sedangkan ia adalah lebih baik untuk mereka. Alangkah baiknya kalau kita datang awal untuk mendengar khutbah di masjid. Walaupun boring ataupun best macam manapun, kita akan dapat ambil manfaat daripadanya. Betul tak? Tak mau cerita panjang-panjang lah. Nanti bosan pulak ye. Back to the topic.

Masa itu, aku ada di rumah di kawasan Puchong. Ada satu cerita yang ingin kukongsikan. Pada pagi, selepas sembahyang Subuh, aku terus tidur di bilik aku dengan sepuas-puasnya. Mentang-mentang ini masa cuti, aku tidur sajalah selepas peperiksaan habis pada masa yang lalu. Sampailah pada jam 12.00 tengahari aku tidur. Selepas itu, si penjaga rumah kejutkan aku dan menegur, "Dah pukul berapa ni? Dahlah dekat pukul satu nak tidur lagi. Makanlah lagi."


Aku bangun. Aku buatlah apa yang patut, tetapi aku terus kata aku belum nak makan lagi. Lepas itu, si penjaga mulalah mengutuk aku tak pasal-pasal. "Ni blaja tinggi-tinggi, tapi perangai macam hantu.", "Elok sangat perangai.", "Baca Quran, semayang pun penuh. Buat apa macam tu? Bek tak yah. Sebab amalan tak terima.", dan seumpamanya. Sudahlah, setakat itu sahajalah. Tak mau quote banyak-banyak, walaupun banyak lagi yang dia kutuk tentang aku. Selepas itu aku menangis seorang diri selepas mendengar kutukan tadi. Rasa sedih tak terkata-kata. (Mengapalah aku menangis padahal aku ini SEORANG LELAKI? Tak pe lah.. Biarkan itu terjadi, kerana Allah sudah tentukan, kita sahajalah yang kena buat pilihan. Yang last sekali aku menangis pun, masa aku terjatuh naik basikal petang-petang masa jadi budak-budak. Haha. Teringat pula zaman kecil ye.)

Demikian setelah mendengar kutukan tadi, aku naiklah ke bilik, merenung sampailah dekat-dekat jam 12.45 petang. Sampai masa itu, barulah aku mandi sebelum bergegas ke Masjid Putra Perdana untuk sembahyang Jumaat. Itu sahajalah ceritanya sebab masa itulah aku menangis tadi.

Tetapi apa yang aku tidak faham, mengapa si penjaga tadi berkata demikian kepada aku?
  • "Ni blaja tinggi-tinggi, tapi perangai macam hantu." dan "Elok sangat perangai." - Ini memang biasa aku diberi teguran sebegini sejurus sahaja aku berada di rumah. Sebab dia melihat tingkah laku sebegitu, menyangkakan aku merasa marah sentiasa. Padahal, aku mahu meluahkan sikap ketegasan, bukan kemarahan. Sebab sejak kebelakangan ini, semua orang yang mendampingi aku berkata aku ini seorang yang lemah, dibuli orang. Kenalah tunjuk tegas sikit kalau macam tu, bukan? Aku kan sekadar insan biasa, lemah, buat apa aku hendak menunjukkan rasa marah terhadap seseorang? Kalau marah pun, nanti hilang kawalan, bukan?
  • Baca Quran, semayang pun penuh. Buat apa macam tu? Bek tak yah. Sebab amalan tak terima." - Ini satu lagi. Mentang-mentang dia telah melihat aku demikian, mengapa pula hendak menghentikan aku berbuat demikian? Apa salahnya membiarkan aku menghidupkan hatiku yang mati, untuk menyuburkan semula Ad-deen (the way of life)? Bukankah Allah jua Maha Pengasih, Maha Penyayang? Selama ini, memang aku tak baca Al-Quran dari sekolah menengah sampai ke matrikulasi. Last sekali aku baca Al-Quran pun, masa aku kecil juga, dengan bimbingan ustazah. (Betapa indahnya melihat abang-abangku membaca Al-Quran masa kecil). Huhu. Begitulah kisah silamku. Hmm... Bukankah Al-Quran panduan untuk orang mu'min jua? (Renungkanlah kepada sesiapa yang merasakan anda sendiri seorang Muslim, termasuk aku) Hehe.

Itulah yang mahu diceritakan di blog ini. Kalau rasa terkedu, minta maaf ye. Aku pun rasa terkedu selepas menghayati peristiwa ini. Ok lah... Inilah renungan untuk semua yang membaca blog aku ini. Hayatilah.

"...Allah memberikan petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia dikehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Surah An-Nur, ayat 35

Itu sahajalah yang mahu disampaikan. Wassalam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。