Sunday, June 21, 2009

Cuti di Cameron Highlands

"Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang kutempuh
Kan bersinar untuk hari esok..."

Cinta dan Harapan - Firdaus



Harap maaf ya jikalau aku tidak mengupdatekan blog secepat mungkin. Hari itu, aku sempat pergi bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga beberapa hari yang lalu. Cuaca di sana agak sejuk apabila berada di sana, boleh mencecah 18°C pada minggu ini (tak tahu minggu yang lain macam mana). Walaupun cuacanya sejuk, memang dapat mengalami kenikmatan udara di sana. Di samping itu, banyak tanam-tanaman yang ditanam di sana seperti strawberi, kaktus, teh, bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Macam nak pergi ya? Kalau nak pergi tu, bolehlah pergi masa macam ni. Mahu pesan sahaja kat sini. Kalau tak tahan sejuk tu, bolehlah pakai sweater apabila berada di sana ya. Nanti kesejukan pula tak pakai sweater. Haha.




Semasa berada di jalan bengkang-bengkok menaiki gunung, nampak macam sunyi saja. Tapi, lama-lama naik bukit tu, ada terjumpa kedai yang menjual tanam-tanaman, barang hiasan dan seumpanya di sana. Semasa di kedai pula, mereka menjual kaktus bermacam ragam. Ada yang bulat, berwarna-warni, macam-macam pattern pun ada. Memang seronok dapat tengok kaktus hari tu. Tu pun nasib baik kita ada beli bawa balik kaktus jadikan hiasan kat rumah.



Pada petang hari, kita ada pergi ke bazaar dekat Brinchang. Hari itu, memang banyak orang jual beraneka barang seperti key chain, pakaian, patung, makanan dan minuman di sana. Lepas dah pergi kat sana, banyak barang juga aku beli kat sana. Penat rasanya. Kita pergilah menginap di satu hotel dekat-dekat Cameron Highlands.



Hmm... Dah bangun subuh pada hari keesokannya, kita pergi hirup udara kat luar tu. Memang lega rasanya. Kalau pagi-pagi tu, memanglah sejuk sangat kat luar tu. Rasa macam nak menggigil pun ada. Lepas dah makan pagi, kita ronda lagi di sekitar Cameron Highlands. Tapi kali ini kita beli sayur-sayuran dan strawberi untuk dibawa balik ke rumah. Kebetulan ada terjumpa kedai yang menjual broccoli. Biasanya kita jumpa broccoli yang warna hijau kat pasar kan? Tapi di sana, macam-macam warna pun ada. Sebelum balik tu, kita sempat lagi pergi makan di kedai penjual strawberi. Laku pulak tu. Mungkin dah lama kut mereka jalankan perniagaan kat sana. Kita pun order bermacam jenis makanan kat sana. (Nasib baik makan semua ya). Nyum nyum. Ada strawberry lassi, scones, aiskrim strawberi dan macam-macam lagi. OK lah, setakat itulah perjalanan kita semasa berada di Cameron Highlands.

Wassalam.





______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。