Tuesday, June 30, 2009

Lawak jenaka - Kisah ketam ketip kuku kaki

Hmm... Baru sahaja cari lawak sebegini di mana-mana. Memang ada banyak lagi, tetapi inilah lawak yang aku paling suka. Hayatilah ya.

Kisah Ketam Ketip Kuku Kaki

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam, kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah! "Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? " Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "Kelekuk!", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。