Monday, June 1, 2009

Pada suatu hari yang ngeri

Bismillahirrahnanirrahim.

Semasa aku menjadi fasilitator di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), ada satu hari yang paling ngeri bagi aku. Hari itu, memang ada kejadian benar yang tidak disangkakan berlaku terhadap kawan aku. Ini pun berlaku pada waktu malam di rumah felo. Ok lah... Beginilah kisah bermula. Pada malam sebelum minggu orientasi berlangsung, pada sekitar 6 - 10 Mei 2009, kita mengadakan kursus fasilitator sebelum pergi menjaga kumpulan pelajar baru atau LDK (latihan dalam kumpulan) yang datang ke KMJ pada minggu orientasi, atau dipanggil Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB). Tidak pasti bagaimanakah ini berlaku, tetapi pastinya sebelum orientasi tersebut berlangsung, ada juga benda ini berlaku.


Pada awal pagi Sabtu, iaitu pada 9hb Mei 2009, aku ada mesej daripada Abg Azam (beliau fasi yang telah menjaga LDK 95 masa orientasi dua tahun lepas), itu pun kumpulan aku juga, suruh aku pergi beri'tikaf di Masjid An-Nur dengan beliau. Mesej berbunyi begini, "Jom i'tikaf." Semasa itu, aku juga bersembang dengan Abg Darfizzi dan Abg Adnan Sr. (yang satu lagi sebab kita ada dua orang yang bernama Adnan, justeru akulah Adnan Jr. di sini). Sembanglah kita di bilik situ dengan agak lama. Sebenarnya mereka juga mahukan aku untuk tidur bersama sebab mereka ini merasa agak sunyi.

Selepas bersembang, aku beritahu kepada Abg Adnan Sr. dengan Abg Darfizzi bahawa aku hendak mengambil air buat sementara. Padahal aku telah terpengaruh dengan mesej Abg Azam tadi. Maka aku pergi bergegas ke masjid untuk menemankan Abg Azam. Semasa aku berjalan berseorangan, terserempak pula Abg Buzz and the gang.

Abg Buzz: Nan, ko nak gi mana?

Aku: Nak gi rayau-rayau jap.

Abg Buzz: Tak baik gi rayau-rayau malam-malam. Baik gi tidur je.

Begitulah perbicaraan antara Abg Buzz dengan aku. Demikian, aku pergi balik ke rumah felo tanpa berkata apa-apa pun. Aku tidur di rumah felo macam biasa. Terlelap mataku. Tiba-tiba aku ada terasa ada sesuatu yang mengelilingi aku. Aku pun tergamam. Aku buka mata, ternampak saudara-saudaraku mengelilingiku. Aku tertanya diri sendiri, "Mengapalah mereka sanggup berbuat demikian?" Aku buat-buat larilah sebab aku rasa takut, tetapi masa itu pun mereka cuba nak tahankan aku. Tidak tahu mengapa mereka berbuat begitu. Selepas itu, mereka baringkan aku di dalam satu bilik.

Maklumlah bahawa si Abg Adnan Sr. aku yang tersentak sejurus sahaja aku pergi keluar sebentar. Maksudnya, mereka sangkakan aku ni dirasuk oleh makhluk halus rupanya. Tidak tahulah bahawa makhluk itu jin ataupun syaitan. Hanya Allah yang tahu. Selepas itu, mereka memanggil felo sebelah, Dr. Hamran untuk datang ke rumah tersebut. Dr. Hamran pun datang. Mereka buatlah satu exorcism ataupun dalam bahasa Melayu dipanggil upacara penghalauan makhluk halus. Tidak tahulah betul ataupun sebaliknya.

Sebelum itu, Abg Darfizzi melaungkan azan secara kuat dan lantang. Tidak tahulah mengapa. Aku pun rasa terkedu. Rupa-rupanya ada satu hadis yang mengatakan tentang azan. Hayatilah.

Nabi Muhammad S. A. W. bersabda, "Apabila azan dilaungkan, syaitan akan menggunakan kakinya dan terbang ke atas sambil mengeluarkan bunyi supaya tidak mahu mendengar Azan tersebut."

Petikan daripada Sahih Al-Bukhari

Kalau ada tersilap, betulkan ya. Begitulah satu hadis diriwayatkan tak silap aku. Dengan demikianlah upacara ini dimulakan. Dr. Hamran mula menyoalku siapa namaku. Aku menjawab namaku dengan nama penuh secara perlahan. Kemudian diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan selawat. Sebelum itu juga, aku pun terkejut aku pula disimbah dengan air. Aku kembali menyoal diri sendiri secara diam, "Mengapalah menyimbahkan air kat mukaku ni?" Aku terus diam. Hmm... Apakah ini dilakukan untuk menghalau makhluk halus juga? Aku pun tidak tahu. Setelah upacara tamat, aku disuruh mengambil air wuduk sebelum tidur semula. Lelaplah mataku.

Ini pula malam yang seterusnya. Selepas sahaja habis kursus fasilitator untuk malam Sabtu, kita menyuruh fasi pewaris (bak kata Abg Hafiz yang menyandang sebagai ketua fasilitator tahun ini), ataupun dalam erti kata yang lain, fasilitator yang baru sahaja menyertai kursus fasilitator buat pertama kali, untuk bersurai tetapi fasi lain untuk stay. Demikianlah kita menceritakan tentang apa yang terjadi pada awal pagi hari Sabtu.

Selepas kita habis menceritakannya, aku dan saudara-saudara fasi pula balik ke rumah felo untuk menyeru semua umat Islam (semua yang berada di rumah felo, sebab semua fasi lelaki yang menghuni di rumah felo itu Melayu dan beragama Islam) untuk sedekahkan Surah Yasin dan Ayat Kursi bersama-sama untuk membuat satu upacara exorcism sekali lagi, tetapi kali ini, kita membawa beberapa botol air untuk menyimbah air di keliling pintu dan dinding untuk menghalau mahkluk-mahkluk halus yang mengacau kita. Agak lama upacara ini berlangsung. Tetapi akhirnya upacara ini tamat selepas sahaja menyimbah air di merata tempat sambil membaca empat ayat Qul (Surah Al-Falaq, Surah Al-Kafiruun, Surah Al-Ikhlas dan Surah An-Nas). Alhamdulillah. Tiada lagi kekacauan selepas itu.

Ok lah... Beginilah mukadimah untuk semua yang membaca blog ini. Bagi umat Islam, sambil mengingati diriku jua, digalakkan untuk mengambil wuduk, berzikir "La ilaha illa Allah", membaca empat ayat Qul, Ayat Kursi dan seumpamanya sebab kita kena ingat apa yang telah diterangkan dalam Rukun Iman, bahawa kita kena percaya bahawa adanya Qada' dan Qadar. Terima kasih buat Adik Alan yang telah postkan dalam group Friendster beberapa minggu yang lalu kerana mengingatkan aku tentang benda ini. Sebab ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kalau nak ikut kan, KMJ ini memang penuh dengan misteri (nasib baik tidak seteruk Misteri Nusantara). Haha. Itu sahajalah aku mahu ceritakan dalam blog ini. Kalau nak komen, dipersilakan.

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。