Monday, August 3, 2009

Shaa'ban ya Shaa'ban

Inilah bulan sebelum menjelma bulan yang dinanti-nantikan bagi umat Islam, iaitu bulan Ramadhan ataupun bulan diwajibkan puasa. Hehe. Inilah yang aku mahu kongsikan selama aku berada di IPTA idamanku, iaitu UPM. Memang terlalu banyak benda yang berlaku di sana, di samping menyiapkan lab report, assignment, tutorial dan sebagainya.

Pada minggu yang lepas (termasuk juga dalam bulan Shaa'ban) :) kita ada program ala-ala abang angkat, yang sepatutnya dilakukan di Pekan, tetapi telah dibawa ke UPM untuk melaksanakannya di sana, iaitu Program Memperkasakan Generasi Muda Pekan. (Semuanya telah diceritakan dalam blog post yang sebelumnya. Kalau nak baca, boleh sahaja, aku tak larang.) Memang penat sekali di sana, tetapi nasib baik seronok sekali. Wahaha. Di samping itu, kita juga dikejutkan dengan berita kejadian wabak penyakit H1N1 sejurus selepas program tersebut berlangsung. Dengan kejadian bahawa beberapa orang yang disyaki dijangkiti dengan wabak tersebut, telah diumumkan oleh Naib Canselor UPM untuk memberi cuti selama seminggu bagi tujuan mengelakkan penularan wabak H1N1 tersebut. Tinggal esok untuk kita pulang ke UPM bagi menyambung semula pelajaran di sana kerana sudah segenap seminggu kita bercuti.
Hmm... Hari ini sudah 12 Shaa'ban 1430 H. Beberapa belas hari lagi kita akan lalui bulan Ramadhan penuh keberkatan di sisi Allah. Apakah kita sudah bersedia untuk tahan lapar? Bersabar? Bertaqwa? Cukup amal? Semua itu marilah kita cuba bermuhasabah diri supaya kita dapat tahu dimanakah kita berada. Walaupun ada di kalangan umat Islam yang mungkin rasa sudah jauh daripada Tuhan yang telah ciptakan alam ini, jamganlah takut, janganlah segan... apa kata kita panjatkan kesyukuran dan segera bertaubat kepada Allah. InsyaAllah.
Wallahu'alam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。