Saturday, August 22, 2009

Salam ya Ramadhan

Pada malam 1 Ramadhan, bermulalah berpuasa bagi seluruh umat Islam. Pada malam itu, aku sempat sembahyang tarawikh di kolej kediaman aku. Lepas sembahyang tu, ada bertadarus Al-Quran dengan sahabat di kolej. Malam tu memang dah lewat, so lepas tadarus, aku balik ke bilik pergi tidur untuk bangun sahur pada hari keesokannya. Nasib baik tak tidur lepas sahur tu. Aku terus sembahyang subuh berjemaah kat surau. Selepas selesai sembahyang Subuh, kumpulan tadarus kita sambung sikit bertadarus daripada malam semalam.
Sudah sampai masa untuk kita mula berpuasa pada subuh yang indah. Tiba masanya keluargaku menggamit pulang untuk bersama keluarga. Dapatlah jumpa abang-abang aku dan terutama sekali parent aku. Hehe. Alhamdulillah. Dah pun sampai. Masa dekat-dekat Maghrib, kita siap sedia untuk makan lauk yang sedap iaitu nasi beriani. Sedap kan? Betapa indah dapat bersama dengan keluarga setelah sekian lama berada di kolej. Huhu.
Lepas makan borak-borak, terus pergi Masjid Putra Perdana untuk sembahyang Isyak dan tarawikh. Kalau kat masjid ni, memang special punya lah. Biasanya kita buat sampai 8 rakaat kan? Tapi kat masjid ini buat sembahyang tarawikh sampai 20 rakaat dan biasanya witir 3 rakaat la. (Zaman matrix pun ada buat macam tu gak) Aku pun khusyuk ikut orang sembahyang tarawikh 20 rakaat tu. Alhamdulillah. (Kalau letih sangat, tak nak buat sampai 20 rakaat pun takpe. 8 rakaat pun dah cukup, tapi lebih afdhal buat sampai 20 rakaat). Selesai malam 2 Ramadhan. Petang-petang ni aku kena balik kat kolej aku untuk sambung belajar kat universiti.

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございま す。
=D

2 comments:

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。