Thursday, July 30, 2009

Pekan oh Pekan

"Gemuruh jiwa
Semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa..."

Gemuruh Jiwa - Faizal Tahir

Ala-ala Senam Seni
Baru-baru ini, aku sudah menyertai satu program yang paling rare (pada pendapat aku) di universiti, iaitu Program Memperkasakan Generasi Muda Pekan 2009. Mengapa rare? Sebab-sebabnya:
  1. Kita boleh bermasyarakat bersama budak-budak dari Pekan. Selama aku menghuni di kampus, aku pun belum menemui program-program sebegini, secara sedar ataupun sebaliknya.
  2. Program ini disempurnakan oleh Perdana Menteri yang keenam, iaitu Y. A. B. Dato' Sri Mohd. Najib baru-baru ini. (Untuk yang menginap di kolej universiti, merit dapat lebih buat peringkat negara, rugi kalau tak dapat join program sebegini)
  3. Di samping dua sebab di atas, aku dapat jaga sekurang-kurangnya satu adik angkat dengan memberi penginapan sepanjang program dijalankan.
Hmm... Itulah sebabnya. Walau bagaimanapun, program ini hanya dapat disertai oleh warga Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas UPM kerana program ini dianjurkan oleh Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas sendiri.

Ala siannye... Dah penat ye...

Beginilah ceritanya. Tanggal 24hb Julai 2009, bermulanya program dengan pengambilan adik angkat pada waktu malam. Beberapa buah bas pun menuju ke destinasi yang seharusnya dituju, iaitu Kolej Sebelas sebagai tempat gathering adik-adik angkat yang seharusnya menghadiri program ini. Bilangan peserta yang datang ke sini adalah lebih kurang 432 orang diiringi dengan beberapa puluh orang guru pembimbing dari beberapa sekolah seluruh Pekan.

Adik kembar ka?
Selepas mendapat adik angkat, kita menemani adik-adik angkat pergi makan sebelum mendengar taklimat ringkas pada malam tersebut. Setelah selesai taklimat, kita beredar di bilik diiringi adik angkat untuk ditemani. Haha. Nama adik angkatku Mohd. Aisamuddin, nama sempoinya, Udin. Masa aku berada di bilik bersama adik angkatku, ada sembang sikit sebelum kita tidur. Memang rasa mengantuk pada malam itu. Kita tidur saja lah pada malam itu.


Pemimpin-pemimpin harapan negara

Pada hari berikutnya, tiba masanya untuk diberi seminar kepada peserta program termasuk adik angkat aku. Hari itu juga, program berjalan seperti biasa dengan beberapa modul beserta seminar. Apabila seminar itu tamat, adik angkat datang ke bilik untuk bersiap sedia untuk aktiviti malam itu. Masa tu juga, sebelum solat Maghrib, aku ambil masa untuk bersembang biasa dengan dia. Tak tau lah mengapa dia pendiam sikit. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya dia ada keupayaan untuk ubah menjadi orang yakin. (Cewah... macam manja je ayat tu). Apabila dekat-dekat pukul 7.00 malam, aku bagi dia siap sedia dulu. Sampai Maghrib tu, aku ada ajak sekurang-kurangnya beberapa orang pergi solat jemaah di surau. Nasib baik tak degil. Alhamdulillah. Mungkin Udin ni budak baik juga lah. Hehe.

PM datang ke Auditorium Fakulti Kejuruteraan

Pada hari terakhir program itu, iaitu 26hb Julai 2009, ada ceramah yang disampaikan oleh PM untuk budak-budak dari SMK seluruh Pekan. Aku dan kawan-kawan yang lain pun datang untuk menyambut kedatangan PM. Kita memang bernasib baik lah sebab dapat bersalam-salaman dengan PM kali ini.

Sempat lagi berposing. Cewah (Sebelah kanan sekali yang memakai baju warna oren tu adik angkat aku. Hehe.)

Selepas ceramah pembakar semangat yang diucapkan oleh PM kita sendiri, tamatlah program pada awal petang itu. Sebelum mereka balik, ada tangkap gambar buat kenangan. Masa menunggu bas untuk mereka pulang ke sekolah, guru pembimbing dari SMK Ubai tertanya aku secara tiba-tiba.

Cikgu : Adik angkat nama siapa?

Aku : Dik nama Aisamuddin.

Cikgu : Oh, dia tu pendiam sikit. Tu yang cikgu nak bawa dia pergi program ini. Walau bagaimanapun, terima kasih atas segala-galanya.

Hmm.. Masa dengar cakap cikgu tadi, memadailah Udin aku ni pendiam sikit. Nasib baik aku bagi perangsang sikit supaya dia dapat cakap dan suatu hari dia akan jadi orang yang lain dan mudah didampingi orang lain. Kalau tidak, sepanjang program, mesti diam je. Kiranya, aku sudah melaksanakan tugasku sebagai abang angkat kut. Harap-harap lepas balik sekolah nanti, dia akan berubah. InsyaAllah. Begitulah serba sedikit cerita sepanjang program ini berlangsung.


Peserta-peserta program dari SMK Ubai

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。