Saturday, August 29, 2009

Kemujaraban kalimah 'ALLAH'

Assalamualaikum. Marilah kita hayati sebentar...
Baru sahaja dapat tahu daripada salah satu daripada sahabatku. Inilah yang saya mahu kongsikan. Ada seorang ahli psikologi yang bernama Vander Hoven telah menemui penemuan tentang pembacaan kalimah dalam Al-Quran dan juga pengulangan kalimah 'Allah'. Beliau juga telah mengesahkan bahawa kalimah 'Allah' telah membantu dalam penyembuhan terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai sakit mental, mahupun yang mengalami tension.
Beginilah apa yang dirumuskan oleh beliau tentang kalimah 'Allah' apabila disebut secara mendalam:
  1. Huruf 'A' yang disebut awal kalimah tersebut dengan cara menghembus keluar daripada sistem pernafasan dapat mengawal pernafasan.
  2. Huruf 'L' apabila disebut secara bersabdu yang menghasilkan satu pause pada lelangit, apabila mengulanginya secara berterusan, akan merehatkan pernafasan.
  3. Huruf 'H' pada akhir kalimah pula menyambung antara paru-paru dan jantung, yang dapat mengawal degupan jantung dalam badan.
Hmm... Apa yang menariknya adalah beliau bukan seorang Muslim, tetapi beliau pula gemar dan tekun mengkaji tentang Islam dan juga rahsia di sebalik kitab suci Al-Quran. Subhanallah. Memang dengan jelas sekali Allah telah memperlihatkan kita tentang tanda-tanda Allah. Allah juga telah berfirman dalam kitab suci Al-Quran:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Surah Fussilat, ayat 53
Walaupun ini salah satu daripada tanda-tanda Allah, ada banyak lagi tandaNya yang dapat diperhatikan di seluruh dunia. Apatah lagi ini bulan Ramadhan iaitu bulan turunnya Al-Quran, jom kita tadarus Al-Quran dan berzikir namaNya pada bulan ini kerana bulan inilah bulan keberkatan bagi orang yang mengamalkannya. Kepada yang membaca blog ini, bolehlah sebarkan kepada sesiapa yang belum tahu tentang ini ye. Selamat beramal. :)

Wallahu'alam bissowab.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございま す。
=D

1 comment:

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。