Friday, July 24, 2009

Mubaligh Kristian datang ke UPM?

"Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa


Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa"

Iman Mutiara - Raihan


9 orang Kristian ditahan di UPM
Wong Pheak Zern
Jul 15, 09, 1:37pm
Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.
Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.

Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.
Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.

Agak mengerikan, bukan? Baru-baru ini di kolej saya sendiri, iaitu Kolej Sepuluh UPM, ada kejadian ini berlaku pada minggu yang lalu. Sebenarnya semua orang yang telah membaca surat khabar minggu lepas ataupun mana-mana sumber, mesti sudah tahu tentang isu ini. Tetapi tidak mengapa, saya cuma ingin mengimbas kembali apa yang telah berlaku di Kolej Sepuluh pada minggu yang lalu.

Hari itu, ada senior saya datang dekat-dekat dengan saya. Kemudian, dia mahu memberitahu tentang kejadian pada malam itu. Dia pun mula beritahu tentang kejadian berikut. Bermulalah dengan beberapa mubaligh Kristian yang datang ke kolej itu untuk mengkristiankan setiap penghuni secara paksaan tanpa rayuan, melalui lisan dan pamphlet yang diedarkan ke setiap bilik penghuni. Setelah diketahui kejadian itu melalui aduan yang diterima polis itu, maka pihak yang berkenaan telah menangkap suspek itu dengan segera.

Begitulah cerita yang disampaikan kepada saya. Sebenarnya, penghantaran pamphlet dari kolej lain telah menjadi biasa di UPM. Kalau benda-benda yang biasa seperti pembelian laptop, barang-barang, dan lain-lain yang telah diuar-uarkan, tidak menjadi masalah kepada kita. Tetapi ini berkaitan dengan mubaligh Kristian pula. Dengar pun memang dapat mengancam kepentingan orang-orang yang menganut agama selain daripada agama Kristian.

Beginilah kesimpulan kepada yang telah membaca blog ini. Janganlah terpedaya dengan mubaligh-mubaligh sebegini kerana ini akan memesongkan pegangan agama anda. Begitu dengan umat-umat Islam. Walaupun ada di antara kita yang mempunyai pegangan iman yang lemah, kita seharusnya tahu akan hakikat ini bahawa kitalah umat Islam yang sebenarnya. Jikalau iman kita menjadi kukuh, kita tidak mungkin akan terpedaya dengan mubaligh Kristian dengan hadiah yang diberi untuk tukarkan agama ke agama Kristian walaupun lumayan hadiah tersebut. Kepada umat Islam, pasti anda bangga untuk menjadi umat Islam yang sejati bukan? Maka, jomlah kita berinsaf supaya mendapat keredhaan daripadaNya.

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。