Wednesday, July 15, 2009

Selamat tinggal silamku

"Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak akan kuganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa..."

Selamat Tinggal Silamku - NowSeeHeart


Walaupun sudah berapa lama hidup di dunia ini, ada yang hidup bahagia, tetapi, kalau bahagia pun, kita pun dapat tahu bahagia pun tidak lama, bukan? Ada juga peristiwa yang sedih untuk dialami di sebalik hidup bahagia. Peristiwa sebegini pun tidak ramai juga di kalangan kita yang sedar, dan ada juga orang yang sanggup berkata dunia ini ibaratkan tempat syurga. Macam mana pun, walaupun mereka merasa tempat ini syurga, tetapi mengapa ada peristiwa yang tidak digemari atau tidak diingini dialami untuk mereka?



Inilah yang aku mahu luahkan (walaupun aku ini kadang-kadang seorang yang pelupa). Ini juga aku mahu nasihati diri sendiri. Kadang-kadang, hidup di dunia ini tidak semestinya berlaku apa yang kita mahukan ataupun hasratkan. Oleh itu, apa yang terbaik untuk dilakukan di dunia ini, kita hayati sahajalah walaupun kita suka ataupun sebaliknya.

Ya lah kan...? Aku ini dahlah jadi anak bongsu, kalau jadi anak bongsu ini, bak kata orang, memang pantang kalau tidak dimanjakan. Memang betul. Itu pun personaliti aku juga. Masa dahulu, aku pun pernah sekali rayu kepada parent aku semata-mata untuk menghadirkan diri untuk cuba wall climbing. Tetapi, malangnya parent aku tidak bagi buat benda tu. Aku rasa macam nak merajuk pun ada. Tetapi aku pendamkan jiwaku supaya tak nampak perasaanku. (Kalau parent aku nampak perasaanku yang sedang merajuk, tentu nak marah dengan aku, tidak tahulah mengapa). Itu pun nasib baik sikap merajuk aku kurang sikit. Haha.

Apa nak buat? Inilah dunia. Bermacam-macam lagilah yang kita kena hadapi (terutama orang yang umur seperti aku). Kadang-kadang, ada juga di antara kita tengok dunia ini macam tidak ada apa-apa mengenai kita. Bukan sahaja begitu, tetapi kalau yang suka mengembara (seperti aku), memang banyak lagi kita boleh lihat di dunia ini. Di sini, sebagai mukadimah, kita sepatutnya bersikap positif terhadap apa yang kita lakukan di dunia walaupun tidak sedap hati untuk didengar. Huhu. Biarlah silam itu berlaku begitu sahaja, dan hadapi sahajalah masa yang akan datang dengan lebih bersemangat...

Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。