Saturday, July 25, 2009

BBQ Chemy UPM

"Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku"


Kau ilhamku - Man Bai

Pada malam itu, kita mengadakan satu jamuan BBQ pada malam tersebut. Sebelum malam tersebut bermula, budak-budak tahun kedua yang mengambil kejuruteraan kimia, iaitu kita, hendaklah menyiap sedia barang-barang keperluan BBQ seperti makanan, bahan-bahan, lilin, belon dan seumpamanya.
Hari itu juga, kawan sekelas iaitu Mujahid ajak aku datang ke rumahnya untuk membersihkan ayam pada pagi tersebut, walaupun aku ada sesi lab pada petang tersebut. Ingatkan senang je nak buat benda itu, padahal susah juga kerana ada banyak untuk diuruskan. Selepas selesai basuh dan sembahyang Jumaat hari itu, dia tergesa-gesa menghantar aku balik ke kolej sebab sudah tahu bahawa aku ada sesi lab tersebut. Tengok-tengok sesi itu telah dibatalkan serta-merta kerana ahli kumpulan kita kata apparatus sudah rosak. Nasib lah. Bolehlah rehat sebentar. Penat wooo...
Pada petang pula, kita turun dekat padang K11 untuk bersiap sedia untuk persetiaan BBQ malam tersebut. Ada yang tengah bakar ayam, ada yang tengah pasang lagu, ada yang tengah pasang lilin. Agak meriah di sana. Wahaha.
Hmm... Malam pula. Hehe. Inilah yang menarik sekali. Di samping dapat makan BBQ tu, dapatlah juga adik angkat yang cun punya! Apa lagi? Adik angkat perempuan lah. Haha. Semasa jamuan tersebut berlangsung, ada yang menyahut nama C-D (bukan nama sebenar) untuk membuat satu persembahan menari. Tak tahulah bagaimana dia mendapat nama sedemikian. Walaupun dia nampak tough, dia memang pakar menari. Di samping itu, aku pun tak sangka aku dapat anugerah yang paling aku tak sangka-sangkakan, iaitu, anugerah... entah lah. Tengok lah sendiri ya.
Hmm... Rupa-rupanya Anugerah Paling Mencapap. Aku pun rasa terkejut. Ok lah. Setakat itu sahaja lah yang mahu diceritakan.
Wassalam.

______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。