Saturday, March 28, 2009

Isu hangat!!

Nak tau tak yang aku ada isu yang hangat untuk dikongsikan? (padahal ini bukan isu hangat sebenarnya) Ini adalah berkenaan dengan kehilangan beg. Macam mana aku boleh hilangkan beg dan terus jumpa balik beg itu? Ni lah cerita yang aku nak kongsikan sebenarnya. Haha.

Cerita ini bermula selepas kita telah selesai lab kimia organik pada pagi Jumaat. Kita ada Hisyam, Faridz, Thillai dan Mujahid masa tu. Kita keluar ikut laluan pergi perhentian bas dekat Fakulti Sains UPM. Selepas kita keluar dari perhentian bas, kami rasa nak makan di kafe bersebelahan Fakulti Sains. Lepas tu, kita masuk pergi kafe makan dan sebagainya kat sana. Selepas kita selesai makan kat kafe, ternampak bas kita sudah jalan. Terkejut la kita. Masa tengok bas lalu tadi, mereka merebut-rebut semata-mata nak kejar bas itu. Kita pun ada yang basuh tangan, rupa-rupanya aku yang basuh tangan last sekali.

Lepas dah basuh tangan tu, tengok-tengok dah hilang kawan-kawan aku dah pun menghilang. Tinggal aku berseorangan je. Mungkin mereka dah naik bas idaman mereka tu. Masa macam ni la aku bimbang sangat mengapa mereka ni dah blah. Lepas tu ape lagi? Aku panggil guna henset la. Mula-mula, aku panggil Mujahid, tak jawab. Pastu, aku panggil Hisyam, jawab la pulak. Perbualan berbunyi seperti begini:


Hisyam : Helo.

Ad (Aku) : Helo. Kowang kat mana sekarang ni?? Tengok-tengok macam takde orang je.

Hisyam : Kitorg dah naik bas la. Ko ni lambat ar.

Ad : Aih... nape ni? Takpe la... Nak tanya kowang ni. Kowang ada pegang beg aku tak?

Hisyam : Ade.

Ad : Ok mekasih. Ciao.

Demikianlah serba sedikit perbualan dalam talian itu. Lepas tu, aku pula bergegas mencari bas yang seterusnya. Dah dapat bas fakulti, pastu masuk je. Aku mesti dah tau bas ni takkan henti kat Kolej Kesepuluh (biasanya kita panggil K10 ar). Kemudian, aku henti kat Fakulti Kejuruteraan UPM. Dah sampai kat fakulti aku, aku terus jalan pergi ke K10 sebab fakulti dekat je dengan K10. Lepas tu, aku pergi bilik ke bilik semata-mata nak ambik beg aku. Pergi bilik Thillai, Thillai kata dia takde pegang beg aku. Lepas tu pergi bilik Mujahid pulak. Kali ni dia ada pulak kat bilik. Aku masuk bilik dia sembang-sembang sikit dengan dia.

Lepas sembang-sembang tu, sebenarnya masa Hisyam berbual dengan aku, dia nak kata mereka tak pegang beg aku. Sekarang, aku dah tau sebenarnya dia nak bagitau kat aku "Takde.", padahal aku dengar tadi macam "Ade.". Ni lah yang membuatkan aku hairan dan kemudian menimbulkan rasa pening kepala. Padahal ni dah dekat masa nak semayang Jumaat. Selepas Mujahid dah tau tentang hal ini, dia suruh aku panggil Ssomad (tabligh K10) pulak pinjam motor semata-mata nak cari beg aku.

Aku pulak tinggalkan bilik Mujahid. Lepas tu pegi pulak bilik Ssomad. Alhamdulillah dia ada kat bilik. Masa nak pinjam motor Ssomad, aku suruh dia pergi kat kafe kitaorg makan tadi. Rupanya baru ternampak beg aku ade kat kafe. Mujurlah ade kat sana. Apa lagi? Aku bawa balik beg aku tu. Tiba-tiba, Ssomad nak ajak aku terus pergi Masjid UPM. Aku pun layan je. Haha. Setelah melaksanakan solat Jumaat kita, aku balik bersendirian ke K10.

Lepas sampai kat K10 tu, aku baru tersedar ada mesej daripada Mujahid seperti ini: "Cn?pg tgk dh ke?" Mungkin dia nak tanya aku dah jumpa beg tu ke belum... Tapi, aku tak sempat nak balas mesej itu memandangkan aku terlalu penat setelah sampai kat bilik.

Beginilah serba sedikit tentang cerita buat masa ini. Harap-harap dapat menikmati alkisah ini. Haha.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

1 comment:

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。