Saturday, March 21, 2009

Kita akan bersendiri akhirnya

Hidup ini boleh dikatakan indah kerana kita ada manusia untuk hidup bersama sama ada kita berkeluarga, berkelompok ataupun bermasyarakat, walaupun kita hanya hidup sementara di dunia yang fana. Bermasyarakat di kalangan kita memang digalakkan terutama sekali di negara kita Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dalam lapisan masyarakat. Inilah termasuk Melayu, Cina, India, Sikh dan juga suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak. Sebab inilah masanya untuk berhubung dan berganding bahu dalam menempuhi segala hidup yang kita akan alami satu hari nanti.

Kadangkala, kita juga terpaksa hidup bersendiri jika kita tiada insan bersama kita. Apabila tiada orang yang tidak ambil peduli tentang seseorang insan, insan itu mungkin ada rasa berseorangan, sedih, gembira ataupun rasa tenang. Inilah hidup di dunia sebenarnya. Suatu hari nanti, kita mungkin akan hidup berseorangan tanpa ada orang di sekeliling kita. Bayangkan kalau kita hidup seorang sahaja sepanjang hayat. Macam mana kita akan rasakan?

Kadang-kadang, saya pun rela bersendiri jikalau mereka tiada di sisiku. Bukan nak kata saya ni tak nak endahkan sesiapa apabila saya rela bersendiri. Tetapi saya cuma mempraktikkan diri saya, mungkin cabaran yang kita akan tempuhi pada masa hadapan. Sebab setiap ujian dari Ilahi pasti ada hikmah atau kebaikannya.

Seorang insan hidup sendiri jika tiada orang yang disayangi pun bersama insan itu. Inilah salah satu lagu nasyid daripada kumpulan Saujana membayangkan apabila kita bersendiri pada suatu hari. Hayatilah... =)

Saujana - Sendiri

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。