Monday, May 18, 2009

Kenangan Minggu MPPB 2009/2010


Assalamualaikum dan salam perpaduan...

Hmm... Lama benar aku tidak pergi ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Tak tau pulak macam mana keadaan di sana setelah sekian lama meninggalkan KMJ lebih kurang setahun. Tetapi, tahun ini, alhamdulillah aku dapat dipilih untuk menjadi fasilitator. Tahun lepas pun aku pernah jadi fasilitator selepas selesai menghadapi peperiksaan PSPM di peringkat Matrikulasi tahun lepas. Tahun lepas, inilah satu-satunya pengisian masa lapang yang difikirkan amat berguna kerana ini bukan sahaja nak release tension semata-mata untuk berjumpa pensyarah dan kawan lama (boleh la kut), tetapi juga ditugaskan untuk menjaga adik-adik angkat yang baru sahaja memasuki Program Matrikulasi untuk dibimbing oleh aku sendiri. Maksudnya ini juga dapat memberi kepuasan juga. Haha.



Okey lah, itu secara ringkas tentang tahun lepas. Ni tahun ini punya, iaitu untuk sesi 2009/2010. Tahun ini, aku memang dapat saksikan perubahan terhadap KMJ. Kalau tempat di Dataran Temenggung tu, belum ada lagi perubahan. Tetapi dekat kawasan bangunan tutorial memang ada. Sekarang sedang dibina satu bangunan baru bersebelahan bangunan tutorial. Tak tau lah bangunan apa yang dibina di situ, tetapi kemungkinan besar bangunan itu dibina sebagai bangunan peperiksaan tak silap aku. Itu sahaja lah perubahan yang dapat diperhatikan berbanding tahun lepas.


Pada 6 Mei 2009 ataupun hari Rabu, aku datang di tepi pagar tempat masuk semata-mata untuk melapor diri menjadi fasilitator. Tengok-tengok ada beberapa orang sahaja lapor diri. Lepas itu, aku masuk di kawasan KMJ dan bergegas masuk ke bilik kaunseling. Rupa-rupanya, tiada orang lagi pada awal lebih kurang 10.00 pagi. Demikianlah aku pergi keluar dari KMJ sebentar. Semasa pergi keluar meronda kawasan Tangkak, trafik pun penuh buat masa tu, nak cari parking pun payah sangat semata-mata untuk mencari makan tengahari sebab pada hari tersebut makanan tidak dibekalkan. Selepas mencari tempat parking, dapatlah henti kat satu kedai mamak pergi makan kat sana. Selesai sahaja makan aku pergi balik ke bilik kaunseling.

Pada tengahari itu, memang dah ada ramai orang yang datang di bilik secara tiba-tiba. Bukan semua yang datang pun bukan? Tengok-tengok dah ada ramai orang kan, kaunselor kita Pn. Sariah pun suruh kita tolong susun fail. Lepas dah banyak orang datang kat sana, kita ada satu taklimat pada petang tersebut. Petang tu pun taklimat biasa sahaja, berkenaan dengan pengaturan program sepanjang kursus fasilitator dan lain-lain lagi. Sejak hari itu juga makanan itu tidak dibekalkan, kita ada buat rombongan berkereta untuk pergi ke kedai mamak sekali lagi. Inilah pemandangan di kedai mamak pada waktu malam yang hanya dapat ditangkap melalui kamera.


Pada hari-hari yang berikutnya, kita mengendalikan kursus fasilitator seperti biasa. Ada di antara fasilitator yang suka membuat cheers ataupun refreshment mahupun modul-modul baru untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) sesi 2009/2010. Pada minggu sebelum MPPB berlangsung, kita juga diarahkan untuk membuat satu modul baru dalam kumpulan masing-masing. Dalam pembikinan modul tersebut digalakkan hanya fasi-fasi junior untuk menyumbangkan idea dan fasi-fasi senior termasuk aku untuk membantu fasi-fasi junior. Last-last sekali, lepas modul siap, kumpulan kita memberi satu nama modul iaitu "Hantaro Rockku".


Sebelum minggu yang paling seronok sekali menjelma, pada hari Sabtu iaitu tanggal 9 Mei 2009, kita mengadakan satu pesta yang seronok sekali iaitu pesta mengecat! Haha. Di sana, fasilitator-fasilitator yang hadir dikehendaki mengecat bilik-bilik tutoran dengan memakai baju berwarna pink yang dibekalkan. Walaupun beberapa jam kita mengecat, kita hanya mampu mengecat setingkat bangunan sahaja. Yang lain tu kita serahkan budak-budak baru untuk mengecat semua bilik tutoran.


Dengan ini, pada 11 Mei 2009 ataupun hari Isnin yang berikutnya, bermulanya MPPB yang dinanti-nantikan dengan seramai lebih kurang 2000 pelajar baru yang didaftarkan di Tangkak. Baru-baru ini, aku telah menjaga blok D iaitu blok Al-Razi sepanjang pendaftaran berlangsung memegang jawatan 'runner' bersama Adik Haiqal (bawah jagaan LDK aku masa MPPB tahun lepas) ataupun telah diberi gelaran 'Monyol' oleh Abg Lamka (Harap maaf ya tak dapat tayangkan gambar... Sebab gambar takde kat aku) Hehe... dan lain-lain yang turut serta. Sepanjang pendaftaran di blok D, tiada masalah yang serius berlaku kecuali masalah yang biasa iaitu locker bilik. Selain daripada itu, ada parent juga kehilangan anaknya yang berumur 6 tahun. Muka dia pun comel lote gak. Itu pun nasib baik kiteorang dah cari puas-puas. Lega hati parent tu. Haha.

Selepas pendaftaran tamat, bermulalah orientasi sepanjang minggu MPPB tersebut. Tahun ini, aku ditugaskan untuk menjaga LDK 17 kali ini. Ini agak berbeza daripada tahun lepas. Tahun lepas, dalam satu LDK, semua aliran termasuk Sains Fizikal, Sains Hayat dan Perakaunan digabungkan dalam satu kumpulan. Tetapi kali ini, dalam satu LDK, hanya aliran tertentu sahaja yang dipenuhi dalam kumpulan itu. Kalau macam aku ni, aku jaga budak aliran Sains Hayat pula. Hmm.. Nasib baik dapat bimbing mereka dengan baik sekali lagi sebab ini sudah kali kedua aku telah memegang amanah yang agak berat iaitu memegang LDK. Inilah adik-adik angkat yang telah dijaga sepanjang MPPB berlangsung. Haha.


Pada hari terakhir MPPB iaitu hari Jumaat, itulah hari penutupan rasmi MPPB buat di cawangan Tangkak. Walaupun majlis penutupan dilakukan pada waktu petang selepas Solat Jumaat, kita merasa agak penat kerana ada sebahagian fasi-fasi yang dipilih untuk membuat satu persembahan fasilitator. Persembahan itu pun dapat menarik semua pelajar baru sampai boleh ikut kita pulak. Agak-agaknya mereka pun rasa ghairah masa buat persembahan. Walaupun petang itu panas terik, datanglah hujan lebat di luar Dewan Sri Ledang. Lega hati rasanya. Lepas majlis penutup sudah tamat, aku dapat temui beberapa adik-adik angkat yang masih setia bersama aku untuk pertemuan kali terakhir LDK.


Demikianlah alkisah tentang minggu orientasi yang diadakan di KMJ cawangan Tangkak. Kepada semua fasilitator yang berkhidmat di Tangkak mahupun di Pontian, setinggi-tinggi tahniah kerana telah menjayakan MPPB dengan begitu lancar. Tidak terlupa kepada LDK 17 yang tersayang, selamat berjuang di alam matrix dan study smart!! =)

Sekian. Wassalam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。