Tuesday, April 28, 2009

My exams have ended... What's up next?

Alhamdulillah... Finally it has ended after the onslaught of exams. And it's time for me to get some rest before my semester 3 starts. For that, we were given for about two months of break in between. Apa lagi? Sekarang ni saya nak pergi bersantai lah kut... Boleh bawa makan angin la, tolong parents, bawa kereta pergi explore sikit-sikit, macam-macam lagi boleh buat semata-mata untuk mengisi masa lapang.

Sebelum cuti ini, saya cuba sedaya upaya memohon untuk menjadi fasilitator di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Semalam, saya telah dikirim surat mengenai perlantikan fasilitator di KMJ melalui emel. Tiba-tiba, apabila membacanya, saya mula merasa terkejut (ke ghairah..?) ada nama saya dalam senarai perlantikan fasilitator. Haha.

Walau bagaimanapun, terima kasih buat pihak yang berkenaan dalam melakukan pemilihan yang demikian. Kepada sahabat-sahabat, rakan, taulan, abang-abang, kakak-kakak yang terpilih untuk menjadi fasilitator KMJ 2009/2010, tahniah kepada yang terpilih. Sebelum itu, saya juga ingin menasihati diri saya sendiri dan kalian, selamat menjalankan khidmat fasilitator dengan tulus ikhlas. Tidak terlupa juga kepada saudara-saudari muslimin dan muslimat, berjihadlah ke jalan Allah sebagai khalifah di muka bumi untuk memimpin bakal adik-adik angkat untuk ke IPTA. Haha. :)


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。