Wednesday, September 9, 2009

Hamba Allah yang diduga di bulan Ramadhan

Innalillah... Beginilah dugaan Allah yang kuterima ini. Aku baru dapat tahu mukaku menjadi sembam minggu lepas tanpa disedari. Nasib baik parent dan kawan-kawanku yang lain di kolej dapat detect benda ini awal-awal. Kita tolak hari Sabtu lepas. Lepas tu, mak aku bergegas hantar ke Hospital Pakar Damansara (DSH). Di sana, punyalah lama nak buat imbasan ultrasound dan CT scan. Rupa-rupanya lepas dah selesai scan semua, belum lagi detect masalah yang kuhadapi ini secara tepat, tetapi mereka sudah tahu aku ada ketumbuhan dekat bahagian dada. Terpaksalah aku kena buat pembedahan untuk buangkan ketumbuhan itu, tetapi doktor yang akan buat pembedahan itu akan hadir pada Isnin yang seterusnya.
Hehe... First time aku kena macam ini
Nasib baiklah aku dapat dialihkan ke Institut Jantung Negara (IJN) seawal-awal hari Ahad minggu lepas. Alhamdulillah. Hari itu juga, bahagian sebelah kiri tangan aku sajalah yang kena cucuk sebegini sebab nanti mereka akan masukkan ubat dalam tangan aku. Bukan sahaja untuk hari itu sahaja, malah untuk hari-hari yang seterusnya. Pada hari seterusnya, hari Isnin sampailah hari Rabu ini, kenalah ambil imbasan x-ray, sampel darah, biopsy untuk mengambil sampel yang terkena ketumbuhan dan CT scan (secara terperinci). Selepas ini, mereka akan menjalankan bedah siasat menggunakan data yang diperolehi selama aku berada di IJN dalam masa lebih kurang tiga hari lagi untuk mengetahui bahawa aku akan dijalankan pembedahan atau sebaliknya. Setakat ini sahajalah yang aku dapat beritahu sampai hari ini. Kalau ada apa-apa yang aku dapat beritahu, nanti aku akan jelaskan semuanya OK? Rasanya nak rehat lah setakat ini..
Nasib baik muka aku kurang sembam sikit lepas bagi ubat secara berterusan... Huhu..

Wallahu'alam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございま す。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。