Sunday, May 31, 2009

Sindili mau ingat la

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ini, ataupun pada 31hb Mei 2009, kita mengadakan kempen "Hari Tanpa Tembakau Sedunia" ataupun bahasa Inggerisnya "World No Tobacco Day". Setiap surat khabar sudahpun memaparkan satu poster besar tentang rokok di muka hadapan. Ini telah dilancarkan setiap tahun pada hari yang sama iaitu 31hb Mei oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan tujuan menyedarkan semua orang sama ada perokok ataupun sebaliknya bahawa bahayanya rokok.

Namun dari tahun-tahun sebelumnya, walaupun telah dilancarkan kempen tersebut setiap tahun, ada di sesetengah negara yang berubah untuk berhenti merokok dan sebaliknya. Tetapi di negara Malaysia, inilah yang nak ditekankan di sini. Kajian saintifik yang dahulunya telah membuktikan bahawa rokok mempunyai banyak jenis bahan kimia merbahaya seperti nikotina, tar, aseton dan banyak lagi. Tetapi mengapa ada juga di kalangan kita yang cuba merokok padahal mereka sudah tahu bahawa merokok itu memudaratkan, atau dalam erti kata lain merbahaya? Lebih mengejutkan apabila statistik di kalangan golongan remaja di Malaysia yang merokok telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas. Hmm... Entah lah mengapa nak juga merokok? Apakah ini disebabkan stres yang dilalui semasa mengalami zaman remaja? Itu lu pike la sindili. Tak mau cakap itu manyak-manyak.

Hmm... Ini pula untuk renungan umat Islam ye. Bukan tujuan nak menjatuhkan sesiapa, tetapi kebanyakan yang merokok di sini tentu kaum Melayu bukan? Dan kebanyakannya pun memeluk agama Islam bukan? Bukankah dalam kitab Al-Quran telah menjelaskan bahawa kita hendaklah melindungi diri sendiri, mengelakkan daripada benda-benda yang memberi mudarat ataupun padah dan seumpanya? Inilah persoalannya. Semasa aku berada di kampus mengaji di universiti, ada juga segelintir yang merokok (jangan terkejut ye) tanpa rasa bersalah. Itu pun semuanya orang Melayu. A'uzubillah. Aku tak nak beritahu siapa mereka, tetapi tutup sajalah aib orang. Ada juga orang yang menasihati sesama umat, kalau kita jaga aib mereka, Allah juga yang menjaga aib kita, bukan? Itulah buat renungan kita. Harap dapat ambil iktibar daripada kejadian ini.

Kalau sesiapa yang merasa bersalah, kecewa, terkedu (atau apa-apa sajalah) setelah membaca blog di atas, aku minta maaf banyak-banyak ye. Segala yang baik datang daripada Allah, dan segala keburukan datang daripada diri sendiri. Apa-apa pun, sesiapa yang sedang merokok tu, hentikanlah merokok sempena "Hari Tanpa Tembakau Sedunia" ini ye. Bagi manfaat sikit kat diri sendiri mahupun semua orang mengelilingi anda. Bak kata orang cina, "Sindili mau ingat la."
Wassalam.


______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D

No comments:

Post a Comment

Jom komen di sini!
Let's comment through here.
こちらをコメントしましょう!どうぞ。