Sudah dimaklumkan bahawa pemilihan fasilitator di KMJ pada tahun ini akan dikurangkan. Mungkin sebab tidak berasa puas hati terhadap fasi yang membuat kerja secara sambil lewa. Apatah lagi fasi yang seringkali menimbulkan masalah semasa minggu orientasi berjalan. Tahun lepas, kita ada lebih kurang 200 anggota fasi yang menyertai kursus fasilitator, tetapi nampaknya MPPB batch tahun lepas (2008/2009) tidak begitu menarik daripada sebelumnya tetapi boleh tahan lagi. Walau bagaimanapun, memang seronok juga kalau nak jadi fasi ni walaupun agak penat. Bukan sahaja seronok, tetapi juga akan mengukuhkan lagi kepemimpinan dalam diri kita.
(Gambar di atas) Sebelum itu, ini anak-anak buah LDK 108 di bawah jagaan aku sendiri. Memang comel lote budak-budak aku ni. Haha. Kadang-kadang, kalau ada masalah ke apa-apa yang diragui oleh mereka, ada lah mereka mesej ataupun tanya aku walaupun MPPB sudah habis. Mereka ni malu-malu, tetapi tak disangka-sangkakan mereka ni innocent je... Haha.
Tak tau lah tahun ini macam mana. Harap-harap boleh join lagi batch MPPB yang akan datang. Ada juga kawan-kawan aku yang mengharapkan aku untuk hadir untuk MPPB yang akan datang. Bukan sahaja mereka, malah kaunselor aku yang masih berkhidmat di KMJ, En. Hassan, juga suruh aku datang. Betapa gembira hati kalau aku dapat datang. Harap-harap macam tu lah, insya-Allah. Rindu kowang...
______________________
もし時間があったら、このブログに泊まってください。
どうもありがとうございます。
=D